

Penulisan Artikel
Kami juga menyediakan informatif terkini berkenaan masalah fizikal yang dianggap tidak dapat diselesaikan melalui rawatan rehabilitasi dan fisioterapi.
Galeri & Artikel

CANCER. IS THERE NO HOPE?
Physiotherapy plays a vital role in supporting cancer patients throughout their treatment journey.
Physiotherapy can aid in managing side effects of cancer treatments, such as lymphedema, neuropathy, and muscle weakness.
It can help:
1. manage symptoms,
2. improve mobility,
3. enhance strength,
4. reduce pain and fatigue.
Physiotherapists tailor exercises and interventions to each individual's needs, promoting physical function and overall well-being during and after cancer treatment.
How can Neo Rehab & Physiotherapy help?
By providing treatment consisting of:
1. Passive stretching and passive mobility exercises for muscle and joint flexibility.
2. Manual lymphatic drainage to reduce swelling and improve lymphatic circulation.
3. Strength training exercises and resistance training to rebuild muscle mass and or maintaining muscle power.
4. Ambulation and mobility training to regain muscle strength and mobility from lying to sitting, from sitting to standing and walking.
5. Balance exercise.
6. Psychosocial support by providing encouragement, support, education and motivation to them.
KANSER. MASIH ADAKAH HARAPAN?
Fisioterapi memainkan peranan penting dalam menyokong pesakit kanser sepanjang perjalanan rawatan mereka.
Fisioterapi dapat membantu dalam menguruskan kesan sampingan rawatan kanser, seperti lymphedema, neuropati, dan kelemahan otot.
Ia boleh membantu:
1. menguruskan gejala,
2. meningkatkan mobiliti,
3. meningkatkan kekuatan,
4. mengurangkan kesakitan dan keletihan.
Pakar fisioterapi menyelaraskan jenis senaman dan intervensi mengikut keperluan setiap individu, bergantung pada fungsi fizikal dan kesejahteraan keseluruhan semasa dan selepas rawatan kanser.
Bagaimana Fisioterapi boleh membantu?
Dengan menyediakan rawatan yang terdiri daripada:
1. Latihan regangan pasif dan mobiliti pasif untuk fleksibiliti otot dan sendi.
2. Saliran limfa secara manual untuk mengurangkan bengkak dan meningkatkan peredaran limfa.
3. Senaman kekuatan dan latihan rintangan untuk membina semula jisim otot dan dan mengekalkan kekuatan otot.
4. Latihan ambulasi dan mobiliti untuk mendapatkan semula kekuatan otot dan mobiliti daripada berbaring kepada duduk, daripada duduk kepada berdiri dan berjalan.
5. Senaman keseimbangan.
6. Sokongan psikososial dengan memberikan galakan, sokongan, pendidikan dan motivasi kepada mereka.
Untuk pertanyaan lebih lanjut dan tempahan slot, sila tekan link whatsapp dibawah.
https://wa.me/601110536546 (Cik Nur)
#neorehabphysiotherapy #fisiokanser #fisiokerumah #physiotherapy #physiocancer #cancersurvivor
- Kepakaran kami -
Kami masih mendapat soalan daripada klien seperti berikut:
'Kami mahukan caregiver yang boleh buat fisio'
'Kami mahukan nurse yang boleh buat kerja fisio'
'Kami mahukan caregiver yang boleh buat kerja nurse'
'Kami mahukan fisio yang boleh buat kerja nurse'
Bagi menjawap semua persoalan di atas, kami ingin menjelaskan bahawa setiap department mempunyai kepakaran masing2. Memang kita boleh pakai topi2 berlainan tapi kepakaran tu ambil masa untuk develop. Doktor bukan belajar hari ni, esok jadi pakar.
Fisioterapis kami adalah fisio pakar dan terlatih. Kami ada kes pesakit lelaki yang perlukan 6 orang nurse lelaki untuk perform transferring. Kami cuma perlu hantar seorang fisio adik cik molek untuk perform transferring. Laju, selamat dan efisien.
Seorang pesakit kami perlukan penukaran feeding tube sbb tercabut. Nurse kami sampai dan tukar tak sampai 15 minit. Bersihkan dan rawat luka2 bedsore.
Client kami perlu travel oversea untuk urusan kerja dan perlukan caregiver untuk penjagaan ibu bapa di rumah. Caregiver kami sampai dan berikan penjagaan terbaik selama 2 hari 2 malam.
Inilah maksud kami dengan kepakaran. Kami berikan rawatan dan kepakaran wajar dengan keadaan pesakit dan keperluan client. Maka setiap department itu kami pecahkan mengikut kepakaran masing2. Sekian.
Anda inginkan pakar fisioterapi, nurse atau caregiver untuk berikan rawatan dirumah?
Sila hubungi nombor di bawah,
https://wa.me/601110536546 (Cik Nur)
BEDRIDDEN
(Pesakit yang terlantar dan tidak mampu bergerak sendiri)
Tahukah anda?
Kami sangat menekankan kepentingan fisioterapi kepada pesakit bedridden/lumpuh kerana mereka sangat berisiko tinggi untuk mendapat:
1. luka ulcer ataupon dikenali sebagai Decubitus Ulcer / pressure ulcer / bedsore,
2. mendapat jangkitan kuman didalam paru-paru,
3. kehilangan jisim otot (otot menjadi kecut hingga nampak bentuk tulang sahaja),
4. sendi-sendi menjadi keras sehingga tidak dapat digerakkan lagi.
Fisioterapi dapat membantu untuk:
1. Meningkatkan mobiliti pesakit,
2. Sendi-sendi boleh digerakkan melalui senaman pasif, senaman regangan (stretching) dan pergerakan badan ketika baring (positioning),
3. Melancarkan peredaran darah dan menstabilkan tekanan darah melalui senaman dan pergerakan anggota badan,
4. Memulihkan kekuatan otot (muscle strength), daya tahan (endurance) dan fleksibiliti sendi pesakit (range of motion and flexibility).
Masih ramai yang kurang cakna akan penjagaan dan rawatan kepada pesakit bedridden ini.
Mereka masih mampu dirawat, dan belum terlambat untuk anda mendapatkan rawatan segera.
SAKIT LUTUT!
Kami lihat seorang pakcik berjalan sambil memegang lututnya. Agaknya pakcik ni ada sakit lutut kot.
Neorehab: Assalamualaikum pakcik, kenapa dengan lutut tu?
Pakcik: Oh, pakcik rasa kebas2 sikit masa rukuk dan sujud masa solat tadi.
Rupanya pakcik ni dah lama sakit lutut. Biasa la, dah sakit tua. Lutut tak pernah servis.
Neorehab: Pakcik nak try buat physio dengan kami tak?
Pakcik: Apa benda tu?
Kami pun mula membuat beberapa ujian dan mengesyorkan rawatan regangan dan senaman. Pakcik mengadu sakit. Memang akan sakit sebab lutut dah lama tak servis pakcik. Tidak mengapa, kita buat perlahan-lahan dan berulang. Proses menahan tu yang buat terketar-ketar. Kami jalankan a few sessions dengan pakcik tersebut. Dari jalan terbongkok bongkok, pakcik dah mula menegak dan berjalan dengan agak laju.
Adakah anda juga mengalami masalah seperti Pakcik di atas? Boleh dapatkan rawatan bersama kami NeoRehab. Physio lelaki dan perempuan disediakan..